Tuesday, January 19, 2010

Al-Khawarizmi sarjana matematik dan astronomi

NAMA DAN GELARAN
AL-KHAWARIZMI dilahirkan di Bukhara. Nama sebenarnya ialah Muhammad Ibn Musa al-Khawarizmi. Selain itu, beliau dikenali juga sebagai Abu Abdullah Muhammad bin Ahmad bin Yusoff Gelaran Al-Khawarizmi yang dikenali di Barat ialah al-Khawarizmi, al-Cowarizmi, al-karismi, al-Goritmi al-atauGorism.
Nama al-Gorism terkenal pada abad pertengahan.
Di negara Perancis pula al-Gorism muncul sebagai Augryam atau Angrism.
Di negara Inggeris pula dia dikenali sebagai Aurym atau Augrim.

SEJARAH HIDUP
Tahun 780-850M adalah zaman kegemilangan al-Khawarizmi. Dicatatkan, beliau meninggal dunia antara 220M dan 230M. Ada yang mengatakan al-Khawarizmi hidup sekitar awal pertengahan abad kesembilan.
Dalam bidang pendidikan terbukti bahawa beliau ialah seorang tokoh Islam yang berpengetahuan luas meliputi bidang falsafah, logik, aritmetik, geometri, muzik, kejuruteraan, sejarah Islam dan kimia.
Beliau amat terkenal sebagai guru algebra di Eropah dan menciptakan pemakaian Secans danTangens dalam penyelidikan trigonometri dan astronomi. Dalam usia muda beliau bekerja di bawah pemerintahan Khalifah al-Ma’mun di Bayt al-Hikmah, Baghdad.
Beliau gemar bekerja dalam balai cerap untuk mendalami ilmu matematik dan astronomi serta pernah memperkenalkan angka-angka India dan cara-cara perhitungan India pada dunia Islam.
Al-Khawarizmi ialah seorang tokoh yang mula-mula memperkenalkan algebra dan hisab. Banyak lagi ilmu pengetahuan yang beliau pelajari dalam bidang matematik dan menghasilkan konsep-konsep matematik yang begitu popular sehingga digunakan pada zaman sekarang.

Antara hasil karya yang telah beliau hasilkan ialah:
1. Sistem Nombor: Ia telah diterjemahkan ke dalam bahasa Latin iaitu De Numero Indorum. ‘Mufatih al-Ulum’ yang bermaksud beliau adalah pencinta ilmu dalam pelbagai bidang.
2. Al-Jami wa al-Tafsir bi Hisab al-Hind: Karya ini telah diterjemahkan ke dalam bahasa Latin oleh Prince Boniopagri.
3. Al-Mukhtasar Fi Hisab al-Jabr wa al-Muqabalah: Diterbitkan pada 820M dan ia mengenai algebra.
4. Al-Jabr wa’l Muqabalah: Penggunaan secans dan tangens dalam penyelidikan trigonometri dan astronomi.
5. Hisab al-Jabr wa al-Muqabalah: Contoh-contoh persoalan matematik dan mengemukakan 800 soalan yang sebahagian daripadanya merupakan persoalan yang dikemukakan oleh Neo. Babylian dalam bentuk dugaan yang telah dibuktikan kebenarannya oleh al-Khawarizmi.

Dalam bidang matematik, al-Khawarizmi telah memperkenalkan algebra dan hisab. Beliau banyak menghasilkan karya-karya yang masyhur ketika zaman tamadun Islam. Antara karya-karya yang beliau hasilkan ialah Mafatih al-Ulum. Sistem nombor adalah salah satu sumbangannya dan telah digunakan pada zaman awal tamadun Islam.
Banyak kaedah yang diperkenalkan dalam setiap karya yang dihasilkan. Antaranya ialah kos, sin dan tan dalam trigonometri penyelesaian persamaan, teorem segi tiga sama, mengira luas segi tiga, segi empatselari dan bulatan dalam geometri. Masalah pecahan dan sifat nombor perdana dan teori nombor juga diperkenalkan.

Bidang astronomi juga membuatkan al-Khawarizmi dikenali pada zaman tamadun Islam. Astronomi dapat ditakrifkan sebagai ilmu falak iaitu pengetahuan tentang bintang-bintang yang melibatkan kajian tentang kedudukan, pergerakan, dan pemikiran serta tafsiran yang berkaitan dengan bintang.

Penggunaan matematik dalam astronomi sebelum tamadun Islam amat sedikit dan terhad. Ini disebabkan oleh kemunduran pengetahuan matematik yang terhad kepada pengguna aritmetik dan geometri sahaja.

Al-Khawarizmi dianggap sebagai sarjana matematik yang masyhur oleh orang Islam dan ia diperakui oleh sarjana Barat. G. Sarton pernah menyatakan bahawa pencapaian-pencapaian tertinggi telah diperoleh oleh orang-orang Timur terutama al-Khawarizmi.Wiedmann pula menyifatkan al-Khawarizmi mempunyai personaliti yang teguh dan seorang yang bijaksana. Ini membuktikan al-Khawarizmi telah memberi sumbangan yang besar dalam bidang matematik dan astronomi.

Tuesday, July 7, 2009

AMANAT




Alhamdulillah setelah beberapa minggu mengajar di sebuah sekolah di Shah Alam, barulah saya dapat mengetahui betapa besarnya jasa pendidik anak bangsa.

Cuma ada beberapa perkara yang membuat saya terkilan dengan keadaan murid melayu sekarang.
Apakah ia?

1. Mereka tak lagi menghormati guru, dan boleh dikatakan guru di "hanjingkan" oleh mereka.

2. Datang sekolah bukan nak belajar tapi sekadar nak berhibur dan cari kemarahan guru.

3. Bila perkara sedemikian berlaku guru-guru tak dapat nak fokus dan membincangkan cara
meningkatkan kualiti pendidikan tetapi terpaksa bermuhasabah untuk mencari resolusi
kepada masalah displin ini.

p/s: Benarlah kata-kata daripada junjungan mulia, sesungguhnya akan terkumpul segala masalah daripada umat lalu kepada umatku..

Thursday, June 25, 2009

SEHARI LEPAS EXAM



Tatkala jam berdetik tepat pada 11,
hatiku berdebar tak ingin sesuatu terlepas,
ku capai segala benda keluar dari exam dengan pantas,
memandu kereta ke rumah sewa mengambil baju dan tas.
Ku terus ke Alamanda demi dendam yg belum terbalas.

Akhirnyaaaaa.......
Ku dapat jua apa yang kuinginkan,
walau terpaksa duduk di baris depan,
ku tetap tingkatkan kesabaran,
bermula jua cerita yg kuimpikan,

Disaat berbunyi wayang sekuatnya,
maka bermula cerita,
Transformers dua (Revenge of The Fallen)
apapun memang puas tak terhingga,
terucap di dalam benak minda"bez gila"

Alhamdulillah dapat jua ku menontonnya,
pulang dengan bangga,
jikalau diberikan skala bintang lima markah penuhya,
ingin ku petik 10 bintang sebagai skalanya.

Monday, June 22, 2009

DEBAT FOMCA 2009

Salam sejahtera buat semua moga berbahagia kepada pembaca,
tatkala memulakan cerita dengan cereka di debat fomca,
pelbagai perkara jua ilmu yang dapat ditimba,
daripada teknikal, konseptual hinggalah penguasaan isu semasa,
variasi pendapat jua komentar diterima dengan hati terbuka,
Ku sedar hanya dengan berfikiran postif membantu menjadikan aku dewasa.

Dalam kepanasan suhu badan, lelehan cairan dari saluran pernafasan,
semuanya mengganggu perjalanan perdebatan,
namun kuharungi dengan meningkatkan kesabaran,
dengan doa jua ucapan sebagai bekalan,
dengan azam dan harapan untuk mencapai kejuaaran ku teruskan,
sehingga ke perlawanan terakhir ku masih percaya pada harapan.

Setelah keputusan diwara-warakan akhirnya kami menemui kegagalan,
Ku titipkan semangat jua nasihat kepada teman seperjuangan,
ada yang dapat menerima tapi ada jua yang melalui epilog kesedihan,
ku mengharap agar semua dapat bemuhasabah demi kebaikan,
Insyaallah di pentas yang lain kita teruskan perjuangan.

Wednesday, February 18, 2009

TERBALAS????


Terbalas atau tak aku bersengkang mata mencari maklumat?
= Terbalas. Sebab dapat memperbaharui rekod Debat NC tahun lepas

Terbalas atau tak aku beli baju melayu baru semata-mata untuk debat?
= Terbalas. Sebab dah menang debat nc dengan kelaharan yang agak mulus. Hehehe

Terbalas ke aku bagi pinjam duit pada hamba allah beli baju?
= Yang ini tak pasti. Huhuhu. Terbalaslah sebab hamba allah ni yang jadi pencetus kami menang
(jangan marah Hamba Allah).... hehee

Terbalas ke aku kritik dan sedikit marah pada owww baaa ma!
= Terbalas kot, sebab dia berjaya cari maklumat yang agak syumul untuk final

Terbalas ke habiskan kredit tanya mereka yang hebat untuk konsep?
= Terbalas sebab untuk debat kali ini aku berjaya menyapu bersih gelaran pendebat terbaik
untuk setiap pusingan. (Lah jangan sentap sebab tak dapat best speaker final).....

p/s: Apapun bersyukur pada Rabbul Izzati
kerana telah memberi pelbagai nikmat pada diri ini,
tatkala masih ada Muslimin dibedil Yahudi,
ada yang kebuluran menanti mati, ada yang diseksa berhari-hari,
gadis dinodai, anak-anak ditembak terbujur menyembah bumi.

Namun kita di atas tanah malaysia,
diberi nikmat sepuas-puasnya,
agar segala nikmat dijadikan asbab untuk terus beribadat dan berdoa'
pada Yang Maha Esa.

Wednesday, February 11, 2009

EPILOG SUKA DUKA

Hari bersilih ganti datang dan pergi sehinggalah terbitnya mentari di awal pagi debat nc, gementar dan resah menghantui diri entah apa akan berlaku sekejap nanti... Maki, caci yang dapat didengari tatkala melangkahnya kaki ini. Namun biarlah kepada yang maha suci ku dambarkan emosi, akhirnya segala kesabaran di hati dan sanubari dihadiahkan kemenangan untuk fakulti...

Untuk teman seperjuangan, jutaan terima kasih diri ini ucapkan, kepada musuh perlawanan yang menjadi sahabat perdebatan mohon kemaafan diunjurkan, agar diampunkan segala kesilapan, kekhilafan semoga tuhan memberikan kemenangan..

Untuk anda semua, pendengar dan penyokong setia, teruskan usaha kita bersama, walaupun dirimu tidak berkorban bersama, biar lidahmu memberikan kata gembira pada semua tanpa kesat dan duka agar tiada perhitungan di mahsyar sana atau mempengaruhi timbangan mizan kita semua atau menghantui titian sirot yang bahaya untuk yang melakukan dosa.

Segala kata nista daripada sesiapa kepada diri yang hina dimaafkan demi agama yang tercinta..

Friday, January 16, 2009

IKIM 09

Da lama aku tak update blog ni.. Sorilah coz terlalu sibuk untuk debat ikim aritu.. IKIM kali ini memang banyak mengajar aku erti untuk menjadi seorang muslim yang terbaik dalam islam. Pengalaman kali ini banyak mengajar aku menjadi lebih kuat pada allah.. Ramai orang yang mendoakan kitorang n maybe dengan doa daripada semua orang tulah yang menjadi asbab kami dapat sampai ke final. Pusingan pertama aku terpaksa bertemu dengan UTP, pergh cuak gak sebab kena bertemu Junny mase tu memang gelabah giler, pusingan kedua lawan dengan MMU, firstly aku takutlah sebab Myer pendebat MMU memang power bahasa n penyampaian die tapi nasib baik dia tak masuk, kalau tak mesti kitorang dah kalah n pusingan ketiga lawan junior Abg Fairuz yang meletop tue dari UMS dan kami kalah.... Mula-mula masa diumumkan dapat masuk suku lawan dengan USM dengan tajuk inflasi dapat dibendung dengan harga minyak yang rendah, seriously aku memang takut sebab aku lemah tajuk ekonomi, nasib baik ada Abg Bad, Abg Zarul UiTM, Abg Iz UDM yang banyak tolong sampai kami dapat melangkah ke separuh. Azab gile masa semi tu sebab sekali lagi bertemu UTP, tapi mungkin rezki yang menyebabkan kami dapat ke final. Apa pun perlawanan final tu banyak mengajar aku untuk terus berusaha dalam bidang ini. Harap semua senior n mereka yang hebat dalam debat ini dapat membantu dalam meningkatkan mutu debat saya,,, Terima kasih diucapkan kepada ustz marwan, Abg zaini, kak mai, abg due, nunu nasebah, abg iz udm, abg bad, abg acoi, abg anip, abg zarul uitm n semua yang membantu. .