Thursday, June 25, 2009

SEHARI LEPAS EXAM



Tatkala jam berdetik tepat pada 11,
hatiku berdebar tak ingin sesuatu terlepas,
ku capai segala benda keluar dari exam dengan pantas,
memandu kereta ke rumah sewa mengambil baju dan tas.
Ku terus ke Alamanda demi dendam yg belum terbalas.

Akhirnyaaaaa.......
Ku dapat jua apa yang kuinginkan,
walau terpaksa duduk di baris depan,
ku tetap tingkatkan kesabaran,
bermula jua cerita yg kuimpikan,

Disaat berbunyi wayang sekuatnya,
maka bermula cerita,
Transformers dua (Revenge of The Fallen)
apapun memang puas tak terhingga,
terucap di dalam benak minda"bez gila"

Alhamdulillah dapat jua ku menontonnya,
pulang dengan bangga,
jikalau diberikan skala bintang lima markah penuhya,
ingin ku petik 10 bintang sebagai skalanya.

Monday, June 22, 2009

DEBAT FOMCA 2009

Salam sejahtera buat semua moga berbahagia kepada pembaca,
tatkala memulakan cerita dengan cereka di debat fomca,
pelbagai perkara jua ilmu yang dapat ditimba,
daripada teknikal, konseptual hinggalah penguasaan isu semasa,
variasi pendapat jua komentar diterima dengan hati terbuka,
Ku sedar hanya dengan berfikiran postif membantu menjadikan aku dewasa.

Dalam kepanasan suhu badan, lelehan cairan dari saluran pernafasan,
semuanya mengganggu perjalanan perdebatan,
namun kuharungi dengan meningkatkan kesabaran,
dengan doa jua ucapan sebagai bekalan,
dengan azam dan harapan untuk mencapai kejuaaran ku teruskan,
sehingga ke perlawanan terakhir ku masih percaya pada harapan.

Setelah keputusan diwara-warakan akhirnya kami menemui kegagalan,
Ku titipkan semangat jua nasihat kepada teman seperjuangan,
ada yang dapat menerima tapi ada jua yang melalui epilog kesedihan,
ku mengharap agar semua dapat bemuhasabah demi kebaikan,
Insyaallah di pentas yang lain kita teruskan perjuangan.