Wednesday, February 11, 2009

EPILOG SUKA DUKA

Hari bersilih ganti datang dan pergi sehinggalah terbitnya mentari di awal pagi debat nc, gementar dan resah menghantui diri entah apa akan berlaku sekejap nanti... Maki, caci yang dapat didengari tatkala melangkahnya kaki ini. Namun biarlah kepada yang maha suci ku dambarkan emosi, akhirnya segala kesabaran di hati dan sanubari dihadiahkan kemenangan untuk fakulti...

Untuk teman seperjuangan, jutaan terima kasih diri ini ucapkan, kepada musuh perlawanan yang menjadi sahabat perdebatan mohon kemaafan diunjurkan, agar diampunkan segala kesilapan, kekhilafan semoga tuhan memberikan kemenangan..

Untuk anda semua, pendengar dan penyokong setia, teruskan usaha kita bersama, walaupun dirimu tidak berkorban bersama, biar lidahmu memberikan kata gembira pada semua tanpa kesat dan duka agar tiada perhitungan di mahsyar sana atau mempengaruhi timbangan mizan kita semua atau menghantui titian sirot yang bahaya untuk yang melakukan dosa.

Segala kata nista daripada sesiapa kepada diri yang hina dimaafkan demi agama yang tercinta..

3 comments:

Fazareez Fauzi said...

Salam, peh...penuh sastera bermadah pujangga. Hidup FSU demi Islam...takbir!!

Unknown said...

awat..merajuk kew....

ilek ar oii...
kekadang umpat keji tu bese ar...
x kan nk dgr org puji kita je kot....

Anonymous said...

Teruskan sahaja ikhwan.i c a big talent in u. Nanti ada masa kita bebual pnjg.sharing is loving. ;-)