Wednesday, February 18, 2009

TERBALAS????


Terbalas atau tak aku bersengkang mata mencari maklumat?
= Terbalas. Sebab dapat memperbaharui rekod Debat NC tahun lepas

Terbalas atau tak aku beli baju melayu baru semata-mata untuk debat?
= Terbalas. Sebab dah menang debat nc dengan kelaharan yang agak mulus. Hehehe

Terbalas ke aku bagi pinjam duit pada hamba allah beli baju?
= Yang ini tak pasti. Huhuhu. Terbalaslah sebab hamba allah ni yang jadi pencetus kami menang
(jangan marah Hamba Allah).... hehee

Terbalas ke aku kritik dan sedikit marah pada owww baaa ma!
= Terbalas kot, sebab dia berjaya cari maklumat yang agak syumul untuk final

Terbalas ke habiskan kredit tanya mereka yang hebat untuk konsep?
= Terbalas sebab untuk debat kali ini aku berjaya menyapu bersih gelaran pendebat terbaik
untuk setiap pusingan. (Lah jangan sentap sebab tak dapat best speaker final).....

p/s: Apapun bersyukur pada Rabbul Izzati
kerana telah memberi pelbagai nikmat pada diri ini,
tatkala masih ada Muslimin dibedil Yahudi,
ada yang kebuluran menanti mati, ada yang diseksa berhari-hari,
gadis dinodai, anak-anak ditembak terbujur menyembah bumi.

Namun kita di atas tanah malaysia,
diberi nikmat sepuas-puasnya,
agar segala nikmat dijadikan asbab untuk terus beribadat dan berdoa'
pada Yang Maha Esa.

1 comment:

chickyo said...

huhu
ada gak nama kak zati dalam entri ni
haha